guru mursyid
10/07/2008 06:25:00 PM Edit This 0 Comments »
Mungkin ada dikalangan kita sedang atau berhajat untuk mencari guru yang benar-benar mursyid...namun tidak mengetahui apakah kriteria yang selalunya ada pada diri mereka, disini saya mengepilkan pendapat dari ulamak yang termasyur dikalangan ahli tasawuff iaitu Imam Al Ghazali....
Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumiddin, menegaskan tentang pentingnya mencari pemimpin yang memandu kepada Tuhan (mursyid) iaitu:
“Seorang murid memerlukan seorang syeikh yang boleh diikutinya, agar syeikh akan menunjukkannya arah jalan yang benar. Sesungguhnya jalan agama itu adalah samar dan jalan-jalan syaitan terlalu banyak dan mudah. Sesiapa yang tidak ada syeikh yang memimpinnya maka syaitanlah yang memimpinnya. Sesiapa yang berjalan di lembah-lembah yang bahaya tanpa orang menjaga keselamatannya sesungguhnya dia telah membahayakan dan membinasakan dirinya. Orang yang bersendiri (tanpa syeikh) adalah seperti pokok yang tumbuh sendiri dan mudah mati; jika pokok itu terus hidup ia takkan berbuah. Orang yang mengawasi seorang murid ialah syeikhnya. Maka hendaklah murid itu berpegang teguh terhadap syeikhnya itu.”
Sebagai guide pada pencarian seorang guru mursyid, di sini kami paparkan antara ciri-ciri penting yang patut ada pada seseorang Guru Mursyid:
Ciri-ciri tersebut antaranya adalah seperti berikut:
1. Mursyid itu ilmunya bukan daripada orang lain. Jarang dia bercakap begini; “Mengikut tok guru saya”. Ilmunya pun tidak merujuk buku, dan wajarlah jarang dia bercakap “mengikut buku sekian, sekian”. Sebenarnya guru mursyid itu diajar oleh Tuhan. Selalunya guru ini, pada awalnya dia belajar dengan manusia juga. Itu peringkat awallah. Kemudian bila sampai satu tahap, Tuhan ambil alih untuk didiknya, berinya ilmu. Sepertimana firman Tuhan “..dan Allah akan ajar orang bertaqwa.” Maksudnya di sini guru itu mendapat ilham. Mendapat ilmu direct daripada Tuhan. Dia tidak perlu merujuk kepada sesiapa tetapi Tuhan. Ilmu yang didapatinya itu pula adalah global serta luas, bukan takat ilmu lahir tetapi ilmu rohaniah. Ilmunya mencakupi pelbagai bidang seperti tauhid, ibadah, tasauf, kepimpinan, perjuangan, keluarga dan juga kemasyarakatan.
2. Mursyid itu bukan cakap sahaja. Tetapi dia itu berbuat. Maksudnya apa yang diperkatakannya, yang diajarkannya itu sudah mendarah mendaging dalam kehidupannya. Orang bukan sahaja boleh belajar daripada cakapnya tetapi perbuatannya. Dia adalah living-model kepada anak muridnya. Orang boleh tiru lahirnya seperti cara dia berpakaian, cara dia makan, berkeluarga, bergaul dan bermusafir. Rohaniahnya seperti sabar, kuat jiwa, kasih sayang, pemaaf dan pemurah. Juga, ibadahnya seperti sembahyang dan puasa. Peribadi Mursyid mendekati peribadi Rasulullah s.a.w. Dia adalah bayangan Rasulullah bila disuluh dari sudut tauhid, ibadah, akhlak dan perjuangannya. Bahkan dialah orang yang paling kenal Rasulullah s.a.w, boleh menceritakan bahkan menjiwai watak Rasulullah.
3. Mursyid itu dia dianugerahkan Tuhan kelebihan. Jika rasul itu ada mukjizat, mursyid itu ada karamah atau kemuliaan, kelebihan istimewa diberikan Tuhan kepadanya, atas ketaqwaannya. Karamah itu ada dua bentuk. Ada karamah lahir. Ada karamah maknawi. Karamah lahir itu dia boleh berjalan atas air. Boleh hilangkan diri. Tetapi ini kurang penting berbanding karamah maknawi. Karamah maknawi itu adalah seperti;
• Boleh mendidik hati manusia dari jahat kepada baik
• Sangat sabar dengan karenah pengikut
• Lidahnya masin yakni bila bercakap orang akan dengar
• Dia boleh mengetahui penyakit hati anak muridnya sebagai panduan mendidik
• Mendapat berita-berita ghaib sebagai panduan untuk bertindak.
4. Mursyid, dia mempunyai kekuatan roh dan akal untuk mendidik muridnya dan ini diterjemahkan oleh peribadi muridnya sendiri. Dalam ertikata lain, berjaya muridnya untuk mujahadah dan mengusahakan taqwa itu adalah hasil didikannya. Dia sangat kenal dan faham tentang muridnya. Bahkan dia sangat bertanggungjawab terhadap muridnya terutama dalam soal urusan muridnya dengan Tuhan.
didalam mencari guru mursyid, perlulah perbetulkan niat terlebih dahulu...agar menjadi ikhlas, tujuan mencari guru ini adalah semata-mata kerana allah bukan mahu mencari kesalahan orang lain mahupun ingin sanjungan duniawi semata-mata...
insyaAllah jika niat kita betul, dengan kehendak allah maka akan bertemulah kita dengan guru yang benar-benar membimbing kita kepada allah....
ILI

0 comments:
Post a Comment