SAFIYAH

1/02/2009 11:55:00 PM Edit This 0 Comments »
SAFIYAH...
"Berhenti! Kurang ajar! Gadis gila"

Safiyah berlari lincah, zig zag dan seketika menyelinap di antara kelompok manusia.
Meninggalkan dua Zionis Israel yang mengejarnya dengan nafas termengah-mengah.

"Gadis gila! Dia menikam Simon dan merampas senjata dariku!' seru tentera yang berbadan besar sambil terus mengejar”.

"Dia telah mengambil wangku! Sial !!!!" geram si Israel botak.

Mereka berdua melilau di kejauhan, separuh tertinjau-tinjau. Kemana gadis itu ? Seperti hilang di tengah kesesakan pasar.
Dan nafas si botak tercungap cungap!!

Safiyah ketawa.Setelah agak jauh dia pun berhenti, mengelap peluh di dahi dengan hujung tudungnya.Sepucuk senjata dan dompet yang dipenuhi dengan wang yang banyak.Surat-surat penting dikoyakkan dan dibuang di sepanjang jalan.Safiyah mencega, sibuk membolak balik isi dompet.
Sesekali dia menoleh kebelakang, mencari si zionis Israel yang baru sahaja diperdayakannya!
“Hah.., itu dia si botak dan temannya! Bersusah payah mencelah dalam kesesakan pasar”.


Safiyah menyimpan belati di balik stoking kakinya, dompet di dalam sakunya, menyandang senapang rampasan dan terus berlari semula.

Akhirnya, letusan pistol bergema! Pengecut! Safiyah berlari semakin cepat.Seperti ada kekuatan penuh yang mendorongnya laju bersama angin.Begitu ringan.Orang awam yang berada di pasar bertempiran lari.
Panik
" Siapa yang kau kejar ?"
" Biar kami bantu!"
Satu..
Dua…
lima
..
sepuluh Zionis
Israel
yang sedang meronda ronda di sekitar Pasar Wahd, lengkap bersenjata, bergabung dengan dua tentera tadi.

"si perampas! Kami mengejar si perampas!!"
" Ya dia sangat berbahaya! Dia sudah membunuh seorang rakan kami!"
" Mana pemuda itu?' Tanya mereka serentak.
Orang ramai yang berada di
pasar itu menahan ketawa, juga berdoa untuk Safiyah! Orang-orang kafir itu pasti sedang memburu Safiyah! Muslimah kesayangan Gaza


*******
"ASSALAMUALAIKUM!"
Beberapa suara gagah menyambut salam Safiyah.Suara Abu Umar dan beberapa anggota Izzudin Al Qosam.

" Dua laras pendek, sekantung wang dan empat bom tangan," Safiyah menyerahkan semua itu di balik pintu.
" apakah Abu Umar menerimanya?"

Abu umar menguak pintu, " bukankah lebih baik ukhti fillah Safiyah masuk? Isteri saya berada di belakang.

" Maaf saya perlu cepat.
“Kalau begitu jazakillah khairon.
Fii amanillah ukhti mujahidah!"
"Allahu Akbar! Assalamualaikum!" jawab Safiyah.

Dan seperti hari-hari sebelumnya, suara-suara gagah itu menjawab salam tersebut dengan penuh semangat seraya mendoakan Safiyah.

" Siapakah dia sebenarnya Abu Umar?, berapa umurnya?, di mana tempat tinggalnya?, siapa ahli keluarganya?"
"Ishbir, ya Jabir," Abu Umar tersenyum kepada pemuda yang bernama Jabir itu. “Nanti saya jelaskan.

Jabir tertunduk malu. Dia tahu ikhwah masih tersenyum-senyum memandangnya.
Bukankah antara yang hadir, dia yang masih belum melengkapkan separuh dien-nya?

Safiyah…
Safiyah…
Tiba tiba nama itu terus bermain-main di benaknya. Mengetuk pintu hatinya lalu memasukinya dengan penuh kebahagian…Ah, jabir menepisnya.Astaghfirullahal ‘azim….

"Aku mengenalnya setahun lalu di Ummu Shabrah An Naqb.Ketika itu, aku sedang melewati jalan sepi di daerah itu bersama isteriku, aku melihat seorang gadis.Dia mengikat seutas tali pada sebatang pohon besar dan turun ke dalam lubang.Kami memperhatikannya dan terkejut apabila melihatnya mengangkat kerangka manusia di ladang tersebut.

Hening…
Semua seakan menahan nafas mendengar cerita Abu Umar.

"Kerangka?? Maksud Abu Umar, tempat pemukulan oleh para tentera itu?Safiyah..??"

" Ya.. Dia yang menemuinya dan kami sama-sama menghebahkan berita ini sehingga ramai ikhwah yang membantu mengebumikan kerangka korban Israel beberapa tahun lalu itu."

"berani sungguh," komen Jabir.

" Masya Allah," yang lain melirit Jabir dengan penuh erti.

“Safiyah sangat keras, tegas.Mungkin kerana ketika berusia empat belas tahun dia melihat orang tua dan kakaknya syahid ditembak askar Zionis ketika baru keluar dari rumahnya.Dia terselamat kerana keistimewaan yang Allah kurniakan kepadanya.Dia dapat berlari dengan pantas dan pandai mempertahankan diri.

"Jadi, di mana dia tinggal ?" Tanya seorang pemuda.

" Aku pernah mengajak dia tinggal bersamaku, tetapi dia masih memiliki seorang pak cik di Kfar Darom.
Dia jarang kesana.Dia tahu, jika dia kesana mudah untuk Zionis mengesannya.Kini dia berusia tujuh belas tahun."

*******

Pagi itu, Safiyah asyik mengetap bibirnya,Mencari idea, bagaimana cara yang terbaik untuk merampas senjata yang dimiliki oleh dua orang tentera Zionis tidak jauh di hadapannya.Tiba-tiba, kedengaran gemuruh suara Zionis, dan bunyi tembakan yang meletup di hujung senapang mereka.


"Kalau begini, bagaimana hendakku rampas," Safiah bermonolog sendirian.

Perasaan ingin tahu membuak buak di dalam hatinya. Seketika kemudian, kelihatan barisan kaum muslimin yang tersusun rapi seperti batu-bata dan mengenakan serban sebagai penutup mata melaungkan Takbir dan yel yel HAMAS! Mereka merupakan mahasiswa Universiti Najah.


" Kita semua adalah Salahuddin, Ayyash dan Imad Ageel!! ”
“ Hidup Syeikh Ahmad Yasin! Halau Israel dari Jabal Abu Ghneim!”
“ Bebaskan Palestin dengan darahmu!! Allahu Akbarrrr!!! " teriak mereka sambil melemparkan batu kepada tentera Israel yang lengkap bersenjata.

Tanpa berfikir panjang, Safiyah bergabung dengan barisan Muslimin.
Memungut dan melempar batu kepada Iblis yang berselerakan disana sini.
Ini adalah protes atas kekejaman Netanyahu dan menteri pertahanan Israel, Yithzak Mordechai yang membangunkan penempatan Israel di Har Harmo (Jabal Abu Ghneim)!! Safiyah tahu,
itulah kebiadapan Israel yang sambil menyeksa dan menyembelih kaum Muslimin, masih sibuk dengan ..pesta' pembangunan di tanah Palestin.Juga tipu helah Israel, mereka adalah ..anak manis' yang cintakan keamanan dan membela diri daripada ..keganasan teroris' Palestin!! Gila!! Tentera Zionis semakin mengganas.Kebisingan senjata dan bom saling bersahutan di udara. Gas pemedih mata terus dilepaskan ke arah saf kaum Muslimin.


Safiyah berlari…Menolak seorang tentera Zionis ke tempat penuh asap gas pemedih mata,
sambil merampas senjatanya. Ia berlaku begitu cepat. Seorang lagi tentera yang cuai
diperlakukan serupa. Ketika ia melawan,Safiyah menendang tempurung lututnya sehingga dia tersungkur menyembah bumi.Kekecohan semakin meluas.
Kini ZionisIsrael kian biadab.Safiyah melihat sendiri tiga orang tentera Yahudi itu menginjak muka seorang lelaki tua. Safiyah melemparkan senjatanya kepada seorang pemuda yang
berselubung mukanya.

"Tembak!!!"
Pemuda itu tergamam sesaat, hanya sesaat.
Kemudian dia menembak tentera Zionis Israel tanpa henti, hingga pelurunya habis.

Senja berdarah di Nablus.Langit, bumi dan batuan menjadi saksi kekejaman tentera Zionis.Tubuh-tubuh yang cedera parah ditinggalkan bergelimpangan.Puluhan pemuda, mereka
tangkap.Manakala yang syahid,mukanya hampir tidak dapat dikenali lagi…

Safiyah berlari ke rumah Abu Umar.
Air matanya tidak dapat dibendung lagi. Di dalam beg sempang tuanya, terdapat beberapa barang rampasan walaupun tidak banyak.
Tiba-tiba, tidak jauh di hadapannya, kelihatan tiga Zionis Israel sedang menyeret tubuh seorang pemuda. Safiyah terkesima. Rasa rasanya dia mengenali pemuda itu. Siapa dan di mana ?????? Diletakkan beg sandangnya di atas sebatang pohon.

"Katakan ya atau tidak, adakah kau orang HAMAS!! Katakan cepat!!"

Safiyah menangkap jelas kata kata itu. Dan..Safiyah merasakan tidak boleh meninggalkan pemuda itu menempuh kesusahan seorang diri. Dia mesti membuat sesuatu untuk menolongnya. Jangan sampai dia mengaku dia adalah pemuda HAMAS, Battalion Izzudin Al Qosam. Dada Safiyah berdenyut kencang ketika dia semakin dekat.Dilihat pemudah itu menatap wajah dua orang askar Zionis dengan pandangan tajam.

"Dasar suami tak bertanggungjawab!!!Anakmu menangis di rumah kelaparan, dan aku yang sakit ni terpaksa mencari mu.Kerjamu hanya menghabiskan wang saja."..Kata kata itu meluncur begitu sahaja daripada mulut Safiyah. Dilihat pemuda itu tercegang kahairanan.

"Kau terkejut?" Safiyah memegang hujung baju pemuda itu dan menariknya.

"Balik! Balik! Aku cakap, balikkk!! Lelaki lupa diri!!"

Tiga tentera itu tertawa tawa.

"Isterinya cerewet.."
" Mari kita pergi, biar sahaja dia dimarahi oleh isterinya sampai besok
pagi!!"
"Yaa.. Haa Haa Haa"

“Mulai sekarang, kalau nak hidup macam ni lagi, ceraikan aku! Ayuh, kalau kau berani cubalah, ya Aba Abbas??? Ssst.. maafkan saya ukhi,.. saya..saya..dasar lelaki sial! Cepat balik!!"

Pemuda itu masih kebingungan. Safiyah melihat tiga Zionis itu berjalan menjauhinya masih tertawa tawa. Apabila mereka agak jauh, Safiyah yang berwajah merah berlari ke arah pohon tadi, lalu mengambil beg sandang tuanya kemudian kembali semula kepada pemuda itu. Jabir, pemuda itu cuma ternganga. Luar biasa tipu daya Muslimah ini!!Safiyah?? Apakah dia Safiyah,?? Jabir tidak yakin..Yang pasti hampir sahaja indentitinya terbongkar! Masya Allah..!!


*******

Sebelum itu, Jabir terhendap hendap di sebalik semak tempat tentera itu berehat.
Dia tidak berupaya membendung kegeramannya ketika mendengar perbincangan tiga Zionis
Israel.

" Mampuslah orang orang Pelastin!!"
"Ya, kau tahu Sin Beth dan Mossad akan melakukan kerja kerja itu lagi."
"Kerja apa??"
"Meledakan bom bunuh diri ala bom syahid mereka"
"Mana mungkin?"
" Ya, siapa di antara bangsa kita yang mahu meletupkan dirinya"
" Tidak ada.."
"Habis??"
"Mossod memasang bom kecil yang hampir serupa dengan kancing baju di tubuh seorang ejen tanpa dia sedari. Mereka mengawasi ke mana sahaja dia pergi dan meledakan sesuka hati
dengan alat kawalan yang mereka pegang."
"Wah.. hebat tapi mengerikan"
"Ya, malah kalau perlu diletupkan di penempatan Yahudi"
"Apa kau cakap??"
"Untuk lebih memfitnah dan menyalahkan HAMAS. Kehilangan puluhan orang tidak membawa erti. Bangsa kita ramai dan yang paling penting adalah simpati dunia."
"Jadi, aku was waslah. Jangan jangan suatu ketika.. keluarga kita"
"Ah lupakan semua itu"

Tentera itu masih membincangkan berkenaan topik lain.
Kali ini tentang seorang artis top Israel yang menjadi cover page di majalah Haarets.Sementara tubuh Jabir bergetar getar mendengar perbualan itu. Ia tersandung kehadapan dan terkena orang itu.Jazakillah Safiyah.
Kini maklumat yang diperolehi itu sangat berguna!!

******

Malam itu, di Gaza, dalam sebuah bilik kecil Safiah asyik mengamati susuk tubuh dalam foto yang dia temui dalam dompet orang Yahudi yang dirampasnya.
Pelik, foto siapa agaknya??Ada tulisan di bawah ..rambo amerika'. Safiyah mengangkat bahunya. Foto model atau aktor barangkali.Gagah dengan pelbagai senjata yang melingkari tubuhnya.Belati, senjata api,peluru berjuntaian di sekeliling tibuhnya.

Safiyah bangkit dari tempat pembaringan lalu dia mencapai tali nipis yang tersangkut di penjuru biliknya.Dirangkainya beberapa butir bom tangan yang dirampasnya.Dua laras senapang
disandang di bahunya. Beberapa bilah pisau diletakan di kiri dan kanan pinggang dan kakinya. Begitu juga dengan peluru.

"Ah. rindunya aku padaMu Ya rabbi." Katanya sambil tersenyum tanpa resah.
Tidak lama selepas itu, sebuah rencana siap untuk dimainkan!!

"Bagaimana Abu Umar??"
"Tidak Safiyah, aku tidak setuju"
"Tapi.."
"Seorang wanita pergi ke markas Israel berseorangan mengambil senjata untuk dibawa ke para ikhwah kita kemudian meletupkan diri bersama puluhan tentera Zionis.. tidak Safiyah…tidak…"

"Saya ikhlas" ,balas Safiyah. Disebelahnya Ummu Umar sedang mengendong bayinya menepuk nepuk bahu Safiyah.

"Saya ingin"
"Itu kerja bagi kaum lelaki" kata Abu Umar.

"Ya saya akan melakukannya"
"Tidak, biar saya saja"
"Insyaalalh, biar saya…saya .."

Ruang tamu rumah Abu Umar tiba tiba riuh rendah oleh suara beberapa anggota HAMAS.

"Sssst!!"
Senyap…
"Saya akan pergi.
Izinkanlah!" kata Jabir tenang…

“Idea Safiyah memang bagus dan ia harus disegerakan.
Apatah lagi kita sekarang sangat-sangat memerlukan senjata untuk melawan kebiadaban
mereka!"

Perbincangan terus berlanjutan. Hampir semua orang sepakat Jabir akan melaksanakan tugas ini.

Setelah membantu Ummu Umar menyiapkan dan menghidangkan makanan,Safiyah perlu
pulang ke bilik kecilnya kerana pak ciknya datang menjemputnya selepas Magrib nanti. Safiyah keluar melalui pintu belakang setelah memeluk, mencium dan mengucap salam kepada Ummu Umar.Fikiranya melayang kepada rancangan yang akan dilakukannya untuk memperdayakan tentera gila itu. Dia menoleh sesaat ke belakang,Rumah Abu Umar dan sempat melihat
seseorang sedang mengetuk pintu rumah Abu Umar.

Mata Safiyah memandang ke arah rumah tersebut sekejap dan sebelum dia menyedari apa yang terjadi, sebuah ledakan kuat kedengaran di udara.Muntahan api di mana-mana.Dalam sesaat rumah Abu Umar hancur berkecai.Mulut Safiyah ternganga, matanya terbeliak dan kepalanya pening, kakinya terpaku di tempat itu. Nyaris tidak bergerak. Sesuatu menjalar di tubuhnya, api, barra, amarah yang tidak tertahan lagi.Satu persatu langkahnya diseret dengan penuh keberatan. Abu Umar, Ummu Umar dan bayi yang masih merah serta anggota HAMAS .Air mata Safiah menitis nitis.

“Allah… Allah…Allah…”
sepanjang perjalanannya bibirnya hanya mampu mengeluarkan bunyi

“Allah…Allah…Allah…”

******

SEBULAN BERLALU…
Suatu malam, seorang wanita melintasi pusat komando Zionis.

"Hai. Adik cantik manis, hendak pergi mana??" siulan liar segera menerjah masuk ke cuping telinga wanita itu.

"Marilah sini sekejap" seorang tentera cuba meraih untuk mengodanya.

Sepantas kilat, tiga pisau terpacak tepat di jantung tiga orang tentera itu.Wanita tersebut segera merampas senjata bangkai tersebut.

“Terima kasih…Kalian jangan lupakan aku. Aku Safiyah tidak akan membenarkan kamu tidur nyenyak di dalam banjir darah kaum Muslimin!" Salah seorang yang masih nyawa-nyawa ikan
cuba membunyikan alarm.Safiah mencapai bom tangan dari beg sandangnya dan membuka picu bom itu dengan giginya.

BOOOMMM…
“Rasakan..!!!"
Safiah berlari laju bersama angin malam.
Suatu ledakan kuat menggegarkan markasIsrael.
Puluhan bangkai penghuni berek pecah berselerakan di muka bumi. Safiyah berlari bersama angin. Bersama Allah. Ya.. seperti terbang..

0 comments: