rahsia dan resepi menjadi wanita cantik
1/27/2009 01:13:00 PM Edit This 0 Comments »
Assalaamu 'alaikum Warohmatulloohi Wabarokaatuh,
Wahai wanita, terimalah perintah Allah dengan sabar dan rela terhadap segala yang telah diperintahkan kepadamu. Tutuplah aibmu dan jangan sekali-kali mendedahkan aibmu itu. Allah kurniakan kepadamu kecantikan dan kelembutan, manafaatkanlah ia. Diwajibkan ke atasmu menutup aurat untuk kesejahteraanmu dan sebenarnya Allah ingin memulia serta mengangkat darjatmu ke taraf wanita-wanita suci (wanita ahli syurga yang menjadi ketua kepada sekalian bidadari). Jika kamu taat dan menerima ketaatan tersebut kamu akan dimulia serta kamu akan mendapat tempat di syurga yang kekal abadi, beruntung dan berbahagialah kamu. Sebaliknya jika kamu ingkar, tidak mahu serta berpaling dari perintah-Nya kamu akan dihina. Allah yang Maha Kuasa akan memasukkan kamu ke dalam neraka, kamu akan mendapat azab yang tidak pernah terlintas di hati kamu. Api neraka akan merobek-robek tubuh kamu yang molek itu, bahkan akibat keingkaran kamu itu kamu tidak akan mencium bau syurga, sedang bau syurga itu sudah dapat dicum sejauh mata memandang. Inilah sifat KEADILAN Allah dan sifat KEZALIMAN kamu.
Ini satu berita yang paling BENAR di antara berita-berita yang kamu dengar. Allah telah memberi amaran melalui lidah utusan-Nya, Muhammad SAW, penunjuk jalan kebenaran, khatamah para Nabi dan Rasul, pembawa berita gembira dan duka, sumber cahaya kehidupan yang sentosa dan abadi, Hakim yang bijaksana, manusia yang paling benar keHambaannya kepada Al-Malik, paling 'Alim, paling 'Arif, paling Taqwa dan bagindalah tujuan sekalian Al-Falak ini (Seluruh isi bumi dan langit, syurga dan neraka) dicipta, "Muhammad Habiballah Wa Rahmatan Lil 'Alamin".
Malulah kamu kepada Rasulullah! kerana baginda itu seorang yang lebih pemalu daripada anak gadis yang pemalu. Dalamilah ilmu Ad-Diinul Islam (Agama Islam) untuk kesejahteraanmu di dunia dan di akhirat. Menuntut ilmu agama (Tauhid, Feqah & Tasauf) itu wajib ke atas tiap-tiap laki-laki dan wanita islam yang mukhalaf. Kamu orang islam, bukan orang yang bukan islam, maka sudah semestinya kamu kena tahu dan WAJIB kamu tahu. Jika kamu tidak tahu tentang ilmu agama kamu sendiri atau kamu lebih tahu dan mahir ilmu-ilmu lain dari ilmu agama kamu, maka wajiblah kamu mempelajari dan mendalaminya (Ilmu Agama Islam) tanpa tangguh-tangguh lagi.
Jadilah kamu wanita yang Solelah, taat kepada Allah, Rasul, Suami dan Ibu bapa. Berlaku baiklah terhadap keluarga kamu, saudara-saudara kamu, jiran-jiran kamu, rakan-rakan kamu dan orang-orang di sekitar kamu. Balutlah tubuhmu yang seni itu dengan pakaian tebal yang suram tidak berwarna (tidak dapat menarik perhatian lelaki) bukan yang berbunga-bunga, beraneka gaya dan fesyen, berbelah tepi, tengah atau di mana-mana tidak berjahit, singkat, nipis, jarang dan sebagainya. Bertudunglah kamu sebagaimana cara kamu memakai tudung di dalam solat, tapi tidaklah sampai mencecah lutut labuh dan panjangnya. "Tudung" : bukan sekadar menutup kepala dan rambutmu, bahkan juga menutup dua kuntum yang melekat pada dadamu (di bawah paras dada). Kemudian tutuplah juga kakimu dengan sarung kaki yang ada dijual di mana-mana (stokin). Auratmu : seluruh tubuhmu, melainkan muka dan dua pergelangan (tapak) tanganmu. Jika kamu memiliki raut wajah yang menawan yang dapat menarik hati lelaki, atau jika disebabkan keayuan dan kejelitaan wajah kamu itu ramai lelaki yang terpesona dan terpikat hati, maka wajiblah pula kamu 'BERFURDAH' : yakni memakai hijab/tutup muka bagi tujuan memelihara diri kamu (jua), dan sekaligus ia menutup pintu 'FITNAH' : fasyak dan mungkar serta akan terpeliharalah Syari'at Allah di bumi ini.
Apa yang baik itu datangnya dari Allah, dan apa yang tidak baik itu datang dari nafsu rendahku sendiri. Maafkan aku jika hatimu tersinggung, terguris dan terluka wahai wanita. Hanya Allah yang lebih tahu.

0 comments:
Post a Comment