knape dgn mesir?

12/31/2008 12:20:00 PM Edit This 0 Comments »
Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah, mengeluarkan pernyataan yang mengeji Mesir. Beliau berpendapat, "Kedudukan Mesir adalah kunci dari penyerangan Israel ke Jalur Gaza. Dengan membuka perbatasan Rafah, Mesir sudah turut membantu membunuh orang Palestin dan menjadi pencetus kekejian Israel." Demikian pernyataan Nasrallah, tadi malam.


Kenyataan Nasrallah tadi terus membuatkan pemerintah Mesir berang. Menteri Luar Negeri Mesir, Ahmed Aboul Gheit, mengatakan bahawa Hizbullah sedang mencari-cari masalah dengan Mesir.


Aboul Gheit menegaskan rakyat dan tentera Mesir menentang pernyataan Nasrallah tadi. Namun kenyataannya, demonstrasi rakyat Mesir semakin hebat kerana pemerintah Mesir membiarkan Israel memakai Rafah sebagai laluan menuju Jalur Gaza.


Rakyat Mesir yang majoritinya Islam sangat kecewa dan malu yang bersangatan akan keputusan pemerintah yang memang mendokong Israel jahanam.


lagi maklumat terbaru;;


Mesir semakin menampakkan wajah munafiknya kepada Palestin. Setelah mengizinkan Israel untuk mengunakan jalurnya sebagai laluan untuk menggempur Jalur Gaza, kini dalam masa yang sama, negara Gamal Abden Nasser ini menyekat pengiriman bantuan kemanusiaan ke perbatasan Gaza.


Yang terbaru, Mesir menghentikan bantuan kemanusian dari Qatar. Mesir menolak Bandar Sinai sebagai tempat berlabuhnya kapal-kapal yang dikirim oleh Qatar.


Stesen Televisyen Qatar, Al Jazeera, menyatakan bahawa Pesawat Qatari yang membawa bantuan kemanusiaan kembali ke Qatar dengan muatan yang penuh. Mereka tidak dapat mencapai Jalur Gaza karena mereka sama sekali tidak diizinkan oleh tentera Mesir membuka perbatasannya.


Dipercayai bantuan lain yang datang ke Palestin dan memakai jalur Mesir akan mengalami hal serupa.

0 comments: