Ada kesan berulang kali menyebut nama ALLAH

12/20/2008 03:22:00 PM Edit This 0 Comments »
Seorang ahli psikologi bukan muslim telah mendapati bahawa terdapat kesan penyembuhan ke atas beberapa penyakit jiwa apabila menyebut nama ALLAH.Ahli psikologi berkenaan,Van Hoven yg berasal drpd Netherlands mendedahkan bahawa dgn membaca Al-quran dan menyebut berulang kali nama ALLAH terdapat kesan penyembuhan dan kelegaan,samada pada org biasa atau yg ada masalah jiwa.

Beliau telah membuat kajian selama 3 tahun ke atas pesakit yg bukan islam dan yg tidak tahu berbahsa arab tetapi dilatih menyebut perkataan ALLAH itu.Kesannya amat memberangsangkan terutama pesakit yg mengalami kemurungan dan tekanan perasaan.

Kenyataan beliau dikeluarkan menerusi majalah Al-watan di arab saudi.Katanya, lagi bahawa mereka boleh berbahasa arab dan membaca Al-quran lebih berpeluang mendapat manfaat drpd perkataan itu kerana telah sedia ada Al-quran dalam kehidupan seharian mereka.

Sambil menghuraikan kesan tiga abjad katanya alif memberi kelegaan pada sistem pernafasan dan boleh mengawal kadar pernafasan.Menyebut abjad lam ( tebal ) melegakan perasaan gemuruh atau bimbang.Seterusnya apabila disebut ha samada sewaktu waqaf atau wasal (berbaris ) menghasilkan 1 tekanan antara peparu dan jantung yg boleh menstabilkan degupan jantung.

Apa yg menghairankan kita ialah ahli psikologi ini bukanlah muslim tetapi dapat menghasilkan satu kesimpulan yg menghubungkan satu ensure islam iaitu sebutan kalimah dalam bahasa arab dengan keseimbangan jiwa.Apakah sebabnya beiau berminat mengkaji kehebatan Al-quran menerusi sains?

Kita kembalikan semua sebab dan hasil peristiwa ini kepada Yang Maha Perkasa ALLAH S.W.T seperti dalam firman-Nya yg bermaksud:

" ....tetapi Kami menjadikan Al-quran itu cahaya yang dengannya Kami tunjukkan sesiapa yang Kami kehendaki di kalangan hamba-hamba Kami.Sesungguhnya kamu ( Muhammad ) benar -benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus "

0 comments: